Minggu, 17 Oktober 2010

KAEDAH PEMBELAJARAN

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita
menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang
cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu
'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk
menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.
Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja
dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi
peperiksaan.
FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN

Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di
dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.

Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak
ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.

Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN

Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang
mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.

Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya
terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-
perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius
kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada
perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran
sahaja.

Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang
pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah
mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.
TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARA
Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
Memilih Masa Yang Sesuai

Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran
pada pelajaran.

Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk
menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang
diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk
menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat !
waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)

Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut
tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.

Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan
memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah
dielakkan.
Pembelajaran Di Sekolah

Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik
untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang
maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal
ketika berada di sekolah.
Membaca, Memahami dan Menghafal

Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan
yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang
digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.

Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau
perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila
hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh
adalah sia-sia).

Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :

Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan
sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak
pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.

Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha
dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.

Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir
dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan
semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.

Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara
berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda
manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.

Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk
belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.
LUPAAN DAN INGATAN
Apakah sebabnya kita sering lupa ?
Kerana Gangguan
Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan
luput dari ingatan.
Tumpuan Perhatian
Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak
dapat kekal lama.
Faktor Masa
Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
INGATAN
Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-
Minat
Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.
Pilihan
Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan
langan
Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan,
penulisan semula atau pembacaan yang kerap.
Assasiasi
Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
Tubi Belajar
Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-
1. Mendengar untuk pertama kali
2. Memahami
3. Menggunakannya
4. Mencipta yang baru
Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam
satu jangkamasa yang lama.
PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN
PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri
Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak
boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa
yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang
betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan
dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke
akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.
Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?
UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL
Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan
peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan
peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai
pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan.
Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di
dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-
sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah
betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian
ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.
BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR

Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.

Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah
diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.

Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.

Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya
cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan
konsepnya.

Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu
bertanya.

Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta
jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa
memahami akan maksud dan konsepnya.

Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun
barulah hendak mengulangkajinya
Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika
dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar
mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang
tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan
teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.
TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan
dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
1. Teknik main peranan
2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10. Teknik simulasi
11. Teknik drama
12. Teknik perbincangan
13. Teknik forum
14. Teknik dialog
TUJUAN TEKNIK
1. Menarik Minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu
TEKNIK LATIH - TUBI

Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.

Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.

Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu

Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat,
memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
penggunaan perkataan-perkataan itu.

Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu :
I.
Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi
yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
II.
Tatabahasa (grammer)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua
aspek.
III.
Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya
dalam situasi tertentu.
I V.
Kefasihan (fluency)
-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan
apakah maksudnya
.
Kefahaman (comprehension)
-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreativiti murid.

Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan
pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
TEKNIK SIMULASI

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan
masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri
situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa
yang dianggap penting.

Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam
satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada
pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan
yang dimainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah
ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.
EKNIK SUMBANGSARAN

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah
dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks
pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.
Tujuan Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid

Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas

Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.

Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak

Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan

Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea

Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.

Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi

Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )

Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik

Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan
TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam
sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.
Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa
tersebut iaitu :

merangsang interaksi verbal pelajar

menambah kefasihan dan keyakinan

menyediakan konteks pembelajaran

bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
TEKNIK SOAL – JAWAB

Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan

Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk
yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya.

Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat
menguji dan menilai apa yang diajar.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran
pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik
dan berkesan.
TEKNIK BERCERITA
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.

Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
TEKNIK DRAMA

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak
tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan.

Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan
perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
sesuatu.

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran.

Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar,
disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
TEKNIK INKUIRI
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.

Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan yang berorientasikan masalah.

Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.

Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan
minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan
soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai
soalan.

Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang
sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Pengendalian teknik inkuiri ialah :
1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusa
TEKNIK PERBINCANGAN
1.Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan
fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).
2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam
mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik
yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar
sendiri.
6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih
seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek
perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan
cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan
. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan
yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan
mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap
kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-
mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti
penulisan dan sebagainya.
TEKNIK FORUM
1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel
untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana
ia dijalankan secara formal.
2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar
akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk
meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif,
kreatif dan rasional.
3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik
dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
TEKNIK PERBAHASAN
1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu
pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah
menengah.
3. Antara manfaat teknik ini ialah :
4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan
teratur
6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul
dan laras bahasa yang sesuai.
7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di
kalangan pelajar.
10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif,
peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
TEKNIK KUIZ

Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British
(B.B.C).

Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran
Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah
Melayu.

Tujuannya ialah :

Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar
mengenai topik-topik tertentu.

Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.

Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-
soalan secara teka-teki.

Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.

Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk,
makna dan penggunaan bahasa yang tepat.

Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :

Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan
penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,
penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.

Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
9 PERKARA PENTING MENGAPA KITA HARUS MEMOTIVASIKAN
DIRI

Motivasi diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri seseorang itu ke
sebarang tahap yang diingininya.

Orang yang benar-benar berjaya sentiasa sedar akan tanggungjawabnya dalam motivasi diri sendiri. Dia memulakan dari dirinya sendiri, kerana dialah yang memiliki kunci penggerak diriny
Alasan yang lumrah yang menyebabkan kegagalan seseorang itu ialah kerana
mengabaikan sama sekali tenaga motivasi diri sendiri.

Adalah mustahil untuk memotivasikan diri orang lain, sebelum kita belajar
memotivasikan diri kita sendiri.

Peluang akan berada di mana-mana bagi seseorang yang mengerti dan
mengunakan motivasi diri sendiri.

Orang yang bermotivasi diri sendiri melibatkan diri, orang-orang biasa hanya
berjanji.

Pada asasnya apa yang kita perolehi dari hidup ini bergantung kepada bagaimana
kita menyesuaikan apa yang kita mahu dengan motivasi diri sendiri.

Tenaga motivasi diri sendiri datang dari satu tindakan rancangan peribadi teguh
dan pelaksanaan rancangan tersebut dalam kehidupan anda setiap hari.

Jika kita tidak dapat memanafaatkan tenaga anda dan potensi anda sendiri maka
mental kita akan terlantar sepanjang hayat.
SIFAT KEGAGALAN
1. KETIDAKYAKINAN KEPADA DIRI SENDIRI

Tidak yakin akan dirinya dan kemampuan untuk melaksanakan usaha atau kerja
yang dihadapinya.
1. SIKAP MELENGAH-LENGAHKAN KERJA

Melengahkan keputusan penting, tidak mahu mengambil risiko dan
mengharapkan masalah selesai dengan sendirinya akan memburukkan keadaan.
1. SIFAT BERPURA-PURA

Sikap egoistik dan memandang status. Sentiasa ingin disanjungi tetapi tidak mahu
berfikir dan maju ke hadapan.
1. SIFAT MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil berat tentang apa sekali pun.

Berpuashati dengan apa yang ada tanpa berusaha lagi.
1. HIDUP TANPA TUJUAN

Tidak mempunyai cita-cita untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna
SIFAT KEJAYAAN
1. FIKIRAN YANG TETAP

Tetapkan matlamat untuk diri sendiri di dalam satu jangka masa yang ditentukan.
Pastikan jangka masa itu matlamat tercapai.
2. PERANCANGAN

Kemahuan hendaklah dirancng terlebih dahulu.
2. SEMANGAT DAN AZAM

Azam yang kuat dan semangat yang kental hendaklah dipupuk dengan sempurna.
2. PERCAYA DIRI SENDIRI

Kepercayaan kepada diri sendiri dan kebolehan sendiri hendaklah diutamakan.
ke muka depa

1 komentar:

  1. wah tips n nasehat bgus... d tunggu knjunganna http://aku-kau-dan-mereka.blogspot.com/

    BalasHapus